FOTO GALERI


Karnival Jualan Mega di lokasi-lokasi berikut
- Dataran Putra Kuala Nerang Kedah ( 12 - 13 Oktober)
- Dataran SEDCO Lahad Datu Sabah ( 17 - 18 Oktober)
- Perkarangan Gedung Borong Mann Jerteh Terengganu ( 22 - 26 Oktober)
- Medan Niaga Pontian Johor ( 23 - 25 Oktober)
- Plaza Keningau Sabah ( 24 - 25 Oktober)

 
JADUAL PROGRAM

Karnival Jualan MEGA 09

Karnival Jualan MEGA 09 mengenengahkan konsep jualan terus daripada usahawan kepada pengguna dan objektif utama untuk menarik lebih ramai pengguna membeli produk tempatan. Karnival ini melibatkan 70 kawasan seluruh negara merangkumi 14 kawasan di peringkat negeri. Penganjuran Karnival Jualan MEGA ini sangat bertepatan dengan situasi yang melanda ekonomi pada masa kini. Tambahan pula dengan saranan kerajaan yang menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan dengan tema jualan runcit harga borong ini benar-benar kena pada masanya.
Sama-samalah memberi sokongan dan dapatkan produk usahawan tempatan dengan harga yang berpatutan. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke Karnival Jualan MEGA 09 ini.

Kepada usahawan yang berminat untuk menyertai karnival ini, sila isikan maklumat pada borang yang disertakan dan faxkan kepada kami di talian 03-26981817. Pada LAMAN WEB ini juga disertakan jadual pelaksanaan KJM 09 yang terkini setakat DISEMBER 2009. Anda juga boleh berhubung terus dengan PUSMA setiap negeri untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan KJM ini. Borang-borang juga boleh didapati melalui Pegawai MARA Daerah dan PUSMA berhampiran.

Contoh rekabentuk backdrop dan bunting KJM '09
Keratan Akhbar
Soalan-soalan Lazim

 
LAPORAN
HUBUNGI
 
   
Anda adalah pelawat ke
       

hit counter 

       
Hakcipta Terpelihara 2009 © Bahagian Pembangunan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA)